DK GB DE FR | NO SE ES CN | JP | BG CZ EE FI GR HU IS IT LV LT NL PL PT RO RU SK

Arabic | Bengali | Hindi | Malay | Urdu | Sitemap | Contact |



Foto aerial Lemvig Biogas

Lemvig Biogas – Tenaga Boleh Dibaharui dan Ekonomi Kukuh

Sejak tahun 1992 Lemvig Biogas merupakan loji biogas yang terbesar di Denmark. Sluri daripada kira-kira 75 ladang dan hasil buangan dan sisa-sisa produk pengeluaran perindustrian diguna pakai untuk menjanakan haba dan kuasa. Ini membawa kepada hasil yang baik bagi loji dan kediaman-kediaman yang menggunakan haba. Di samping itu, terdapat juga manfaat-manfaat sampingan seperti degradasi bahan-bahan pencemaran dan penurunan dalam pelepasan gas rumah hijau.
Lebih 21 juta kWh tenaga elektrik dijanakan setiap tahun daripada biogas yang dikeluarkan. Tenaga elektrik ini dijual kepada grid tempatan. Lebihan haba daripada enjin gas sistem pendinginan melebih 18 juta kWh setiap tahun. Haba ini diedarkan kepada pengguna loji pemanasan pusat Lemvig. Jumlah pengguna tersebut menjangkaui 1000 kediaman. Loji biogas telah dibekalkan oleh syarikat BWSC pada asas siap-guna.

Sumber-sumber sisa yang lazim diterima ialah

- Sisa ikan
- Sisa organik yang diasingkan daripada sumbernya dari kediaman
- Sisa rumah sembelih
- Sisa/buangan makanan
- Minuman ringan, bir, alkohol
- Produk-produk buangan farmaseutikal
- Makanan yang tercemar secara kimia atau bakteriologi
- Semua bahan organik yang mempunyai kandungan lemak, protein atau gula yang tinggi

Pelabuhan Lemvig: Kapal membuat penghantaran sisa organik ke Lemvig Biogas  

Lemvig Biogas berkemampuan menerima penghantaran sisa organik dari 200 hingga 10000 tan pada satu-satu masa, sama ada di pelabuhan Lemvig (tong maksimum 4 m) atau pelabuhan Thyborøn (tong maksimum 8.5 m).



Anda boleh hubungi Lemvig Biogas di lemvigbiogas@lemvigbiogas.dk jika anda mempunyai sebarang sisa yang boleh dihantar kepada Lemvig Biogas.

Lawat Lemvig Biogas

Suatu kunjungan memakan masa kira-kira 1½ jam dan boleh diatur membuat janji temu, pada hari Isnin hingga Jumaat, termasuk hujung minggu. Aturan ini adalah percuma, tetapi kami ingin syarikat atau organisasi anda menyediakan pautan ke Lemvig Biogas pada tapak web anda. Kod HTML yang harus digunakan ialah:
<a href="http://www.lemvigbiogas.com/GB.htm" target="_blank">Lemvig Biogas - Tenaga Boleh Dibaharui dan Ekonomi Kukuh</a>

Untuk membuat tempahan bagi kunjungan, sila hubungi Pejabat Pelancongan Lemvig dengan menghantar e-mel kepada turist@visitlemvig.dk atau telefon +45 9782 0077. Pejabat Pelancongan Lemvig boleh menjawab pertanyaan anda dalam Bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol atau Perancis.



Pejabat pelancongan Lemvig juga boleh mengatur kunjungan ke loji-loji lain yang mengguna pakai teknologi alam sekitar. Loji-loji tenaga boleh dibaharui yang berikut mengambil masa perjalanan kira-kira satu jam dari Lemvig Biogas.

  • Tapak ujian turbin angin Denmark, merupakan tapak turbin yang terbesar dan terbaru pernah didirikan dan diuji di dunia.
  • Pengegasan kayu di pengegas serpai kayu loji pemanasan pusat Harboøre.
  • Loji pemanasan pusat Lemvig, yang menggunakan biogas dan serpai kayu sebagai bahan api.
  • Turbin angin Tvind di Ulfborg. Turbin tersebut merupakan turbin terbesar yang tiada tandingannya, dibina pada tahun 1978.
  • Nordic Folkecenter untuk Tenaga Boleh Dibaharui, merupakan tapak pameran berbilang sumber-sumber tenaga yang boleh dibaharui bagi masa hadapan, termasuk:
    • Stesen pengujian kuasa di Nissum Bredning
    • Loji pemanasan pusat yang menggunakan serpai kayu
    • Pemanasan geoterma di pekan Thisted
    • Pembakaran sisa di Thisted
    • Peluang untuk melawat turbin angin setinggi 40-m di Hanstholm (anda dibenarkan mengunjungi bahagian teratas)
    • Kuasa ombak di Hanstholm

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://www.visitnordvestjylland.com/ln-int/lemvig/welcome-north-western-jutland-lemvig-thyboron



Teks ini adalah satu-satunya kandungan yang hanya disediakan dalam Bahasa Inggeris. Maklumat lanjut hanya boleh didapati pada halaman web bahasa Denmark. (cuba terjemahan Google)

Pembaca yang berminat dipelawa membaca bahan bacaan yang berikut tentang proses biogas: Biogas – Green Energy Process, Design, Energy Supply, Environment Ditulis oleh Peter Jacob Jørgensen, PlanEnergi, dalam bahasa Inggeris. 2.2 MB pdf
Biogas Handbook, Teodorita Al Seadi, Dominik Rutz, Heinz Prassl, Michael Köttner, Tobias Finsterwalder, Silke Volk, Rainer Janssen, 5 MB pdf



Lokasi Lemvig Biogas pada peta Eropah

 

Lokasi Lemvig Biogas pada peta Denmark

  Lemvig biogas
Roadmap
(halaman kuning)





Bookmark and Share